Monday, August 31, 2009

Sang Penyampai

   Sebagai seorang Muslim,kita wajib mempercayai akan wujudnya para nabi dan rasul seperti termateri di dalam tangga percaya laitu Rukun Iman.Kita juga mempercayai akan Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul yang terakhir diutuskan ke alam ini.Nabi dan Rasul adalah manusia,laki-laki dan terpelihara sifatnya (maasum).

   Terpanggilnya saya menulis artikel ini bukanlah untuk menerangkan tugas-tugas rasul seperti yang diketahui umum tetapi adalah untuk membetulkan pandangan segelintir masyarakat
yang menganggap nabi dan rasul itu adalah dari kalangan orang Arab dan hanya terdapat di tanah Arab sahaja.Pada hakikatnya,nabi yang diketahui dikalangan Arab hanyalah nabi Ismail dan Muhammad s.a.w.

   Nabi yang wajib kita imani adalah seramai 25 orang seperti yang terkandung di dalam al-Quran.Bilangan sebenar nabi yang diutus seperti kata Muhammad s.a.w adalah seramai 124 000 jumlahnya dan terkandung didalamnya tiga ratus lebih rasul.Dan tiada tamadun mahupun bangsa yang tidak pernah diutuskan “Sang Penyampai” seperti kata ayat di bawah.

There is not a nation or a tribe,without a warner having lived among them
( surah al-Fathir,35-24 )

But you are truly a warner,and to every people a guide
( surah al-Rad,13-7 )

Al-Quran juga tidak menceritakan kisah semua para nabi ini.

Of some Messenger We have already told you the story;of others We have not
( surah an-Nisa,4-164 )

   Kesemua para nabi ini tugasnya adalah hanya menyampaikan wahyu Allah pada kaum masing-masing dan pada masa tertentu sahaja.Dan tidak mustahillah dikatakan adanya nabi-nabi di kawasan seperti di India,Parsi,China,Afrika mahupun di Eropah pada waktu terdahulu sebelum hadirnya Muhammad s.a.w..Ia dapat dibuktikan kerana dalam pelbagai manuskrip tamadun,ada dinyatakan kisah-kisah penciptaan Adam,banjir Nuh dan ramalan akan hadirnya rasul ulung(Muhammad s.a.w).

   Apa yang membuatkan Muhammad s.a.w itu unik adalah kerana baginda diutus untuk sekalian alam,untuk menyampaikan khabar gembira dan khabar duka.Dan kepada Muhammad s.a.w jualah diberikan kitab terakhir dan bermukjizat,al-Quranul Karim.Dan panduannya ini adalah untuk kesemua umat manusia sehingga kiamat kelak.

“We sent you not,but as a mercy for all creatures” 
( surah al-Anbiyya,21-107 )

  Ada yang bertanya kepada saya,mustahilkah Buddha,Krishna,Zoroaster,Confucious (dan beberapa nama lain) ini juga nabi ? Apa yang mampu dikatakan..Wallahualam..Dan ada “tujuannya”juga mengapa ramai para nabi diutus kepada Bani Israel.Kepada mereka diutus banyak nabi,dan mereka jualah pendusta dan pembunuh nabi-nabi.Kita berkongsi moyang yang sama (Ibrahim a.s),melalui Ishak keturunannya bijak-bijak..melalui Ismail lahirnya Sang Pangeran Kedamaian (Muhammad s.a.w).Dan harus diingat,bukan darah atau bangsalah yang membuatkan kita menjadi mulia,tapi dengan Taqwa lah yang membezakan dan memandu kita ke arah syurga.Dan di zaman serba pesat ini,kitalah sebenarnya "Sang Penyampai"Nya..

Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Lirik Lagu - Tujuan


 Bacalah..kau fikirlah,akan dirimu
 Tujuan.. kau dicipta,siapa tuanmu


 Diciptakan manusia sebaiknya
 Dengan daya upaya,akal dan jiwa


 Tusuri.. jalan benar,renung hikmahnya
 Berlari..dan berjalan,pegang taliNya


 Diciptakan manusia berpasangan
 Nikmati dengan sedar,kembang turunan


 Syukuri hasil cipta,semua dari Dia
 Tersusun bulan bintang,semua tak pernah ingkar
 Kita bakal dibangkitkan,
 Adakah engkau sedar,
 Dari mimpi sebentar.
 Apakah cukup yang dibekal 
 Adakah kita sedar
                                                                                                                                                                  http://www.myspace.com/idrissukma

Sunday, August 30, 2009

Lirik Lagu - Yang Terpuji


Insan terpilih untuk menyampai risalah,
Kebenaran Tuhan maha Pemurah.
Kau yang benar,dipercaya.

Yang sanggup berhijrah,yang banyak merubah.
Mereka yang berbalah,akhirnya berserah.
Kau penyatu,kau pemimpin.

Narashangsa,kau Maitreya,
Kau utusan,yang terakhir.

Ya Muhammad,yang dipuji,
Kami rindu,semangatmu.

Dikhabarkan dalam pelusuk budaya,
Hadirmu membawa khabar gembira.
Kau pengaruh,kau pesuruh.

Yang menyempurnakan ajaran sebelum,
Yang meninggalkan panduan yang hidup.
Kau pengatur,kau penyuluh.

Saturday, August 29, 2009

Puisi - Cinta

Alangkah besar penangan cinta
Yang buatkan kita hidup jua mati kerananya
Yang mampu bina empayar dan menjatuhkannya
Yang mampu buka mata dan membutakannya

Ya,cinta
Satu luah damba rasa yang azali dan hakiki
Yang mengikat wanita dan lelaki begitu sakti
Menerbangi kita secara pasang
Melayangi kita sama haluan
Gurun,sungai dan lembah jadi dataran
Tangis,tawa dan rindu jadi hiburan

Cinta sebenar membuahkan rasa
Yang mendalam,yang menusuk,yang mendegup
Dimana teradun fantasi dan realiti
Kadang tersasar batas imaginasi
Sehingga berkata “dimana ku tadi? “

Cinta sebenar pasang impian
Menukar yang dosa menjadi pahala
Takuti neraka mengimpikan syurga
Mengubah bahtera menjadi istana

Dilahirkan kita kerana cinta
Dibesarkan kita dengan cinta
Sehingga nanti membenihkan cinta
Jangan berhenti hidup bercinta
                                                                 
                                           - Kita dewasa dan remaja kerananya -

Friday, August 28, 2009

Injil Barnabas


       Seperti yang diketahui,kita tidak akan menemukan lagi Injil yang sebenar.Ini kerana Injil yang digunapakai sekarang adalah Injil yang telah diubahsuai.Dan Injil-injil ini adalah dari karangan Matthew,Lucas,Marcus dan John dan tidak satu pun darinya adalah sahabat mahupun orang yang berada bersama Isa a.s(Jesus) ketika Isa masih hidup.Begitu juga Paul yang digelar Saul ataupun Paulus yang ternyata adalah orang yang menulis dengan tangannya sendiri Injil.Kerana beliau jugalah agama Kristian percaya akan doktrin Triniti(Bapa,Anak dan Roh Kudus) dan sama sekali menolak akan Tauhid(Unity Of God) yang telah dibawa oleh Jesus.
     Kita tidak perlu lagi mengulas panjang mengenai sejarah Kristian mahupun Injil itu sendiri kerana yang ingin ditumpukan sekarang adalah Injil daripada Barnabas.Barnabas atau nama sebenarnya Josea adalah salah seorang daripada pengikut Jesus yang seramai 12 orang.12 orang pengikut ini digelar Hawariyyun oleh al-Quran ataupun the Twelve Apostle(followers,disciples) of Jesus.Dan sebagai pengikut,Barnabas akan menulis apa yang diajar dan diceritakan oleh gurunya,Jesus.Barnabas juga terkenal akan personalitinya yang suka bertanya dan pandai berdakwah.
    Apa yang membuatkan Injil Barnabas ini unik adalah kerana kandungannya yang sama sekali tidak bercanggah dengan al-Quran.Ia menerangkan akan konsep Tauhid,cerita para nabi,hukum-hakam,syurga neraka dan perkhabaran akan hadirnya nabi terakhir(Khatabun-Nabiin), Muhammad s.a.w ! dan ia diterangkan dengan nama sebenar laitu Ahmad(yang Terpuji).Dan ini juga selari dengan perkhabaran akan hadirnya nabi ulung seperti yang terkandung dalam kitab Bani Israil(Taurat),Hindu(Vedas,Puranas),Parsi(Dasatir,Awesta),Buddha(Chakrawatu Sena Sutana)dan pelbagai kitab sebelum yang lain dengan gelaran Narashangsa,Maitreya,Musalman dan Pushrama yang kesemuanya membawa maksud Yang Terpuji(the Praised Worthy) ataupun Muhammad s.a.w.
   Terlalu banyak yang ingin dikongsikan mengenai Injil Barnabas ini namun saya tidaklah begitu mahir menyusun kata dalam menulis dan bercerita.Segala gejolak rasa mengenai ilmu haruslah sering berkongsi dan bertanya,kerana kepunyaan Allah s.w.t jualah segala ilmu.Injil Barnabas ini boleh didapati di mana-mana kedai Saba Islamic Media dengan harga rm12 dengan judulnya The Gospel Of Barnabas translated by Lonsdale and Laura Regg.
“     And God shall make answer even as friend who jesteth with a friend,and shall say; “Hast thou witnesses of this,my friend Muhammad ?” And with reference he shall say “ Yes Lord, “ Then the God shall answer, “ Go call them o Gabriel “ the angel Gabriel shall come to the messenger of God,and shall say, “ Lord,who are thy wtnesses ? the messenger of God shall answer; they are Adam,Abraham,Ishmael,Moses,David and Jesus son of Mary, “   - Barnabas 55:   “

Wednesday, August 26, 2009

Seni dan Islam



Islam adalah agama yang indah dan memenuhi keperluan fitrah manusia.Satu daripada keperluan ini adalah ingin menikmati sesuatu seperti bunyian,lukisan,tarian,puisi,seni bina dan sebagainya yang semua ini layak digelarkan sebagai seni.Satu luah damba rasa yang azali dalam meniti hidup sebagai manusia.Dan menjadi lumrahlah,manusia mudah tertarik dengan kecantikan,alunan irama dalam membentuk konteks hiburan dalam hidupnya.
Biarpun perspektif seni ini berbeza pada setiap manusia,namun tiada siapa dapat menyangkal akan pentingnya kesenian.Cubalah berikan contoh manusia yang tidak memerlukan seni,sudah tentu tidak ada biarpun seorang yang zahid atau sufi dalam hidupnya.Malah tokoh sufi terkenal,al-Ghazali juga menyatakan”Jiwa yang segar adalah jiwa yang dapat menikmati petikan biola,bunga-bungaan yang indah di taman,dan jiwa yang mati adalah yang gagal menikmatinya”.
Lihat sajalah mukjizat agung kita,al-Quran.Bukankah ia diturunkan pada zaman ketertinggian sastera?Dengan indah bahasanya dan olahan pengisiannya telah memukau bagai magis sesiapa yang mendengarnya pada waktu itu.Terislamnya Umar al-Khattab juga adalah kerana terpesona dengan indahnya bacaan al-Quran yang dibaca adiknya.Begitu juga Tufail bin Amru ad-Dausy yang pada mulanya begitu benci pada Muhammad s.a.w.Sehingga dia menutup kedua telinganya dengan kapas pada ketika baginda berucap,dan akhirnya terkedu,terpesona dengan bacaan Muhammad s.a.w dan serta-merta memeluk Islam.Al-Quran itu sendiri memperlihatkan akan pentingnya peranan keseniaan kerana lumrah manusia yang senang tertarik dengan keindahan.
Kita juga diseru Tuhan agar menikmati hasil halus kesenian dalam ciptaanNya agar kita lebih menghargai,seperti firmanNya ;
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit,lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupa,di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta belang-belang putih dan merah,yang berlainan warna dan ada yang hitam legam.Demikian pula di antara manusia,dan binatang yang melata serta ternakan ada yang berlainan jenis dan warnanya.
( Surah al-Fathir,ayat 27-28 )
Cabang lain dalam kesenian pula adalah muzik.Tidak dapat dinafikan betapa tertariknya kita akan muzik dan seperti suatu kemestian dalam berhibur memerlukan muzik.Diakui ada segelintir manusia yang menolak terus konsep muzik ataupun berhibur ini,dan ternyata mereka berada di landasan yang salah walaupun sama haluan.Rasulullah sendiri tidak melarang dalam mendendangkan irama,pada waktu dan adab tertentu.,seperti yang diriwayatkan Aisyah ;
Isytiharkan perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana ”
( Hadis riwayat Tarmizi )
Begitu juga dalam konteks persembahan,seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah ;
Ketika penduduk Habsyah sedang bermain-main dengan tombak-tombak mereka di hadapan Rasulullah,tiba-tiba masuklah Umar al-Khattab.Lalu dia mengambil batu-batu kecil dan melontar mereka.Kemudian Rasulullah berkata kepadanya,”Biarkan mereka,wahai Umar ”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Nah,cuba kita bayangkan jika ditolak semua kesenian ini,Jadilah kita insan yang rugi dan mementingkan diri sendiri.Lihat sahaja bagaimana mudahnya kita menghafal nama rasul dan bulan-bulan Islam,bukankah ia melalui muzik ?Dengan muzik kita bukan sahaja dapat berhibur dan menghafal,malah dengan muzik jugalah kita dapat menonjolkan imej Islam mahupun budaya dan negara.Dan tiada alat muzik yang haram jika dimainkan betul niatnya.
Jika ada mengatakan alat bertali(gitar) itu haram dan rebana dibolehkan,cuba bayangkan rebana itu diketuk dalam suasana manusia itu menari sehingga lupa batas pemakaian dan susilanya.Dan cuba pula bayangkan gitar itu dipetik dalam mengiringi alunan suara yang memuji keagungan Tuhan dan dalam bahasa yang saling menasihati.Manakah yang lebih baik ? jadi sudah tentulah apa sahaja alatan muzik jika baik niatnya,baik liriknya,baik masanya,tidak melibatkan pergaulan bebas,bersih suasananya dan tidak melalaikan,sudah tentulah ia dibolehkan.Asal sahaja ia tidak berlebih-lebihan.
Menjadi terlalu panjang tulisan ini jika dihuraikan lagi cabang-cabang kesenian yang lain,yang ternyata terlalu banyak kaitannya seni itu dengan agama yang indah ini.Dunia pun telah melihat akan cantiknya senibina Islam seperti tinggalan Andalusia,yang berdiri megahnya al-Hambra.Begitu juga tinggalan Uthmaniah laitu Haghia Sophia.Dan begitu juga ribuan lagi bukti kehebatan kesenian Islam di dalam bidang tenunan,kaligrafi,penulisan dan sebagainya.
Hakikatnya,seni dan Islam adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan,malah ia bergerak selari.Dan dalam dunia yang pantas berkembang ini,senilah jua membolehkan kita menyampaikan mesej Islam.Tidak kisahlah dalam apa lapangan kesenian seperti filem,teater,senibina,fesyen dan sebagainya,bawalah sama mesej Islam dan jika tidak pun,jagalah maruah Islam.Jika tidak mampu menjaja mesej Islam,jagalah imej Islam.