Thursday, September 10, 2009

Yang Tenang Bangkit

http://tr1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/12561/THE_GUARDIAN:_DARWINISM_IN_BRITAIN_HAS_COLLAPSED

Tuesday, September 8, 2009

Lirik Lagu - Yang Takkan Sunyi


Pecahnya gelap malam ,
Hadir tubuh bersuara.
Bacalah dengan nama ,
Tuhanmu yang mencipta.
Malam yang dingin , gigil tubuhnya ,
Diselimut cinta.

Yang harus difahami ,
Surat dan yang sembunyi.
Luas bentangi hati ,
Akal jua emosi.
Temankan ia , percayakannya ,
Panduan selama.

Kau takkan terus sunyi ,
Isimu kutusuri.
Kunci segala kunci ,
Hikmah untuk dicari.

Temurun melagukan ,
Habiskannya tradisi.
Sebenar realiti ,
Hakikatnya fahami.
Gelap kan terang , kabur kan hilang ,
Haluan terbentang.

Terakhir dan sempurna ,
Pencerita bermakna.
Ketiga dipercaya ,
Dilindungi dan nyata.
Takkan berubah , takkan diubah ,
Sepanjang sejarah.

- * Muhammad s.a.w dalam menerima kitab terakhir dan pelengkap -


Sunday, September 6, 2009

Impian Dingin



Dalam menungku terbayang suasana
Semua warga bersatu nada
Ya mustahil bersatu kata
Nada dimaksud satu bahasa

Tidak kiralah Lim , Krishnan mahupun Aminah
Ataupun Daniel Lim , James Krishnan mahupun Amy
Semuanya berbicara satu bahasa
Bahasa Malaysia yang dikata ibunda

Di kenduri kecil mahupun di majlis yang gah
Di universiti yang besar mahupun di sekolah rendah
Di tepian jalan mahupun di bingar pasar
Bertegur berbicara bahasa ibunda

Alangkah sebenarnya lembut lagi indah bahasa kita
Si pedagang dahulu pun turut sama belajar
Dari Jawi hinggalah ke acuan Roman
Dari Pattani mahupun ke tanah Britain

Bahasa ini satu-satunya harta kita
Kerna kita tak mampu lagi berbudi bahasa
Lihat sahaja keletah mereka
Ya..ya pemimpin negara
Tak sedarkah mereka bahasa mampu menyatu negara ?
Alat sebenar nasionalisma

Tapi mana perginya harta itu ?
Mohon dijawab wahai si Abu
Tuturkan halus bahasa ibumu
Jika sebenarnya kau Melayu …

Friday, September 4, 2009

Rindu Malam Itu


Aku rindukan malam itu
Seakan pulang ke tempat yang tak pernah ku jejaki
Namun berlegar-legar dalam angan dan mimpi
Desiran angin membisikkan nyaman
Malam mu malam erat , sukar dilepaskan


Dendangan keroncong seakan hujan
Membawa emosi ke lembah tenang
Alangkah lapang rasanya senang


Bila datang rasa itu
Timbul rasa kasih pada semua
Ingin bermohon dan memberi maaf
Ingin membelai dan berlembut kata
Ingin mendengar , berkongsi cerita



Hatiku bermain melodi-melodi indah berbaur kenangan
Kepalaku bermain kata-kata mengikut irama
Rintihku rintih damba mahukan kedamaian
Wahai yang punya budaya kesenian ..



Asap ku tarik dan ku hembus
Hingga terdengar desiran tembakau hangus
Sedikit-sedikit kopi diteguk
Pekat rasanya ditekak menusuk
Ku harap lewat datangnya esok …

Aku rindu malam itu..                                             -satu malam di Tanah Jawa-                                              

Thursday, September 3, 2009

Yang Benar Dibalik Sangkar

Buya Hamka pernah dipenjara
Pramoedya Ananda juga sama
Harun Yahya begitu jua
Malah Daniel dan Yusuf a.s bernasib sama
Apatahlagi Ibnu Taimiyyah yang lantang menyuara
Penjara hanyalah sangkar sementara
Singgahsana usang ujian Yang Esa
Bagi mereka yang berani bersuara
Sangkar dan kamar tiada bezanya
Jika raja bersandar di takhta
Sebalik sangkar bersandar penyuara
Dalam bersandar ditemani pena
Menulis , melakar apa dirasa
Kasihan mereka begitu ujinya
Menyampai yang benar , perih menimpa
Tinggalan buku mereka aku membaca
Pahit getirnya dapat ku rasa
Ah..tak mungkin aku membiarkan sahaja
Apa yang salah di depan mata

-Jangan gentar kerana benar-

Wednesday, September 2, 2009

Lirik Lagu - Bersyukur

Lagu indah irama Melayu
Hati resah kan jadi terhibur
Sudah nyata terang dah bersuluh
Apa lagi tak mahu disyukur

Ku bertuah tanah hijau subur
Hidup tenang semua serba cukup
Jangan lagi harta dilarikan
Pengalaman jadikan teladan

Lihat sana ada yang derita
Serba kurang segalanya sukar
Bersabarlah , nikmat ini bersyukurlah
Apa ada hargailah , tingkat usaha

Walai miskin bukan musuh harta
Walau kaya janganlah berbesar
Lumrah dunia duganya berbeza
Tanah in tanah bahagia

Berbilang bangsa semua merdeka
Serba aman saling memerlukan
Bersabarlah , nikmat ini bersyukurlah
Apa ada hargailah , tingkat usaha

Lirik Lagu - Serumpun


Semalam ku di Kuala Lumpur
Hari ini ku di Jakarta
Bawa bersama rasa cinta
Rasa cinta dua negara
Asal semua kita serumpun
Hasil pelbagai budaya bangsa
Merah putih warna bersama
Merdeka kita merdeka

Satu suara yang menyatu semua
Satu bahasa yang diguna bersama
Dalam sama kita bernyanyi
Dalam sama kita menari
Rasa kasih dan sayang mendalam

Hidup penuh rukun dan santun
Petua keharmonian berzaman
Jika pun terbit api sengketa
Cari punca sama padamnya
Semalam ku di Kuala Lumpur
Hari ini ku di Jakarta . .

Lirik Lagu - Khabar Ghaib Khabar Gembira

Khabar ghaib khabar gembira
Akan hadir penyatu bangsa
Kegelapan disuluh cahaya
Yang Terpuji diberi nama
Penyempurna tulisan lama
Satu Tuhan paling utama
Akan dicaci kan dihina
Namun kini lihat hasilnya
Tak mungkin Tuhan satu dari tiga
Takkan melahir tidak dilahir
Tempat bergantung semua dicipta
Yang Sempurna tiada taranya
Tak mampu kita melihatNya
Namun Dia di mana-mana

Lirik Lagu - Munafik


Jika ada syurga
Pastinya ada neraka
Jika ada seksa
Mestilah ada puncanya

Berhati-hatilah dalam menanggung amanah
Taksub berpuak bagai kembali jahilliah
Yang salah dibenarkan yang mudah dipersusah
Ada yang bagai buta akan hina rasuah

Sekeliling kita
Ramai yang bijak berkata
Tanyakan baginda
Munafik apa cirinya

Pabila berkata dia selalu berdusta
Berjanji mudah tapi tak bersungguh tepati
Diberi amanah dia tidak menunaikan
Bila bermusuh dia kan berlebih-lebihan

Lirik Lagu - Anak Kota Suci


Yang masih muda , tanah bergolak kau mangsanya
Yang ditaruhkan , masa depanmu juga nyawa
Bertarung hidup , berselimut pun kan degup
Sembunyi makna , pandanganmu meraih cinta

Menitis pedih , dari matamu dan lukamu
Perginya teman , kerna tertimbus dan ditembus
Ingin bermain , bebas berlari ketawa
Selalu tertanya , perang ini bila habisnya

Betapa pilu hatiku melihat kau menangis
Menanggung sakit yang tak pernah kurasa
Ada yang hilang keluarga , hilangnya saudara
Tapi dari mata tersimpan cahaya

Simpati takkan kemana , lakukan sesuatu
Kita dan mereka sama saudara
Ku mahu dikau membesar cukup segalanya
Sempurna keluarga dan tenang belajar

http://www.myspace.com/idrissukma