Thursday, November 5, 2009

Ikatan Yang Didamba



Aku dambakan pernikahan itu
Biar dikata muda , lewat mahupun cepat
Biar seribu lelah , susah mahupun penat

Jika ditanya bilakah hidup baru bermula ?
Kan ku jawab , selepas berumah tangga
Mengapa ? mahu lari dosa ?
Ya , juga kerana mengumpul pahala

Pahala suami kerana isterinya
Pahala isteri kerana suaminya
Pahala kasih pada penjaga
Pahala kasih pada mertua
Pahala isteriku yang menjadi ibu
Pahala kasihnya pada anak-anakku
Pahala bermesra dan manja berteman
Pahala mengembang bait turunan

Pernikahan yang ku damba
Ikatan termateri bukan hanya di dunia
Namun sah hingga ke akhirat sana

Janjiku kini kepadanya , kan bersatu bina bahtera
Bukan istana namun bahagia
Walau tak kaya tetap bahagia

Sentuhan yang kininya dosa kan jadi pahala
Kucupan yang kini tak bisa kan jadi biasa
Lena yang kini sendiri kan berteman jua
Sedarku dari mimpi terhias wajahnya

Jengah usiaku dah dua puluh tiga
Dah lama bercinta , sebenarnya tua
Hakikatnya nikah itu sudah tiba masa
Demi ke detik itu , demi ke syurga itu
Segalanya kan ku usaha

Bila sudah terikat pasti nanti
Tak mungkin akan aku persia
Tutur dan tingkah kan terpelihara
Mencari rezeki tak kira masa

Kerana janjiku bukan hanya pada dia
Bukan hanya pada ibu bapaku
Bukan hanya pada ibu bapanya
Menjadi lelaki yang diamanahkan cinta
Sebenar janjiku pada “ Yang Esa “

Tuesday, November 3, 2009

2012 ?

  2012 , adakah ia sebuah ramalan , konspirasi atau benar akan terjadi ? Kemusnahan dunia seperti yang didakwa dan digemburkan oleh Barat ? Kita sebagai Muslim amat meyakini bahawa kiamat adalah perkara pasti yang tidak diketahui bila masanya.Tidak akan mampu kita ketahui bilakah tepatnya masa kiamat akan terjadi kerana ia adalah perkara Tuhan , malah rasul-rasulNya juga tidak mampu mengetahuinya.

  Tahun itu diramal kiamat oleh kaum Maya 1500 tahun dahulu yang memang terkenal sebagai tamadun yang bijak dalam bidang Astrologi.Ini kerana kalender mereka berakhir pada 21.12.2012 kerana berlakunya penjajaran bumi dan matahari bersama planet-planet yang berlaku hanya sekali dalam 26 ribu tahun.

  Ia turut diramal oleh Nostradamus dalam tujuh helaian lukisannya dan dalam buku-bukunya sebagai tahun yang terjadinya banyak bencana yang amat dasyat.Bencana seperti banjir , gempa bumi , letusan gunung berapi yang akan mengakibatkan melimpahnya pesakit-pesakit akibat penyakit-penyakit yang tejadi kerana kebuluran.

  Tahun 2012 juga turut diramal pertubuhan Illuminati
sebagai tahun kemusnahan dan kembalinya nabi Isa ke bumi.Freemason yang terkenal melalui upacara pelik dan simbol-simbol tertentu telah memberitahu dunia akan terjadinya peristiwa ini melalui gereja-gereja Gothiknya yang terdapat banyaknya di Eropah.

  Tapi mengapakah 2012 ? mengapakah adanya persamaan ini dalam ramalan-ramalan mereka ? Adakah ia hanya untuk menakutkan atau benar-benar akan terjadi ? Kita sebagai Muslim sudah tentu tidak mudah percaya namun ramalan ini jika difikirkan ada banyak juga baiknya.Mengapa ?

  Ini kerana kita yang telah jauh lama leka ini kan mula sedar akan alam ini ada akhirnya , semua makhluk akan mati juga.Dan kiamat ini terjadi tanpa mengira masa dan bertanya kita , sudah sedia ataupun belum.Dan positifnya, dapat membentuk “ minda sedar “ akan pentingnya hidup beragama.Dan siapa tahu , selepas bencana demi bencana , dan sengketa demi sengketa , manusia kan kembali sedar dan hidup rukun semula

  Dan siapa tahu juga , akan kembalinya al-Masih Isa dan menyatukan semua yang tertipu supaya kembali menyembah satu Tuhan yang Esa.Dan Zionis si mata satu kan mulai lumpuh dan tewas.Dan memungkinkan zaman emas supaya bermula fasanya.Dunia ini sendiri pernah berlakunya kiamat-kiamat yang maha dasyat.Sudah lupakah kita pada banjir Nuh ? dan dunia ini juga pernah berlaku zaman emasnya.Ingatkah kita akan zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain dan Sulaiman ?

  Dejavu demi dejavu tujuannya tidak lain supaya manusia belajar dan sentiasa sedar.Semuanya atas kita yang dikurniakan Quran dan kemampuan akal untuk memikirkannya.2012 , 2013 mahupun 2019 tidak kiralah apa sahaja tahunnya , semuanya boleh membawa kebaikannya pada manusia jika semua kan kembali sedar bahawa keseronokan dunia tidak akan kemana.