Thursday, November 5, 2009

Ikatan Yang Didamba



Aku dambakan pernikahan itu
Biar dikata muda , lewat mahupun cepat
Biar seribu lelah , susah mahupun penat

Jika ditanya bilakah hidup baru bermula ?
Kan ku jawab , selepas berumah tangga
Mengapa ? mahu lari dosa ?
Ya , juga kerana mengumpul pahala

Pahala suami kerana isterinya
Pahala isteri kerana suaminya
Pahala kasih pada penjaga
Pahala kasih pada mertua
Pahala isteriku yang menjadi ibu
Pahala kasihnya pada anak-anakku
Pahala bermesra dan manja berteman
Pahala mengembang bait turunan

Pernikahan yang ku damba
Ikatan termateri bukan hanya di dunia
Namun sah hingga ke akhirat sana

Janjiku kini kepadanya , kan bersatu bina bahtera
Bukan istana namun bahagia
Walau tak kaya tetap bahagia

Sentuhan yang kininya dosa kan jadi pahala
Kucupan yang kini tak bisa kan jadi biasa
Lena yang kini sendiri kan berteman jua
Sedarku dari mimpi terhias wajahnya

Jengah usiaku dah dua puluh tiga
Dah lama bercinta , sebenarnya tua
Hakikatnya nikah itu sudah tiba masa
Demi ke detik itu , demi ke syurga itu
Segalanya kan ku usaha

Bila sudah terikat pasti nanti
Tak mungkin akan aku persia
Tutur dan tingkah kan terpelihara
Mencari rezeki tak kira masa

Kerana janjiku bukan hanya pada dia
Bukan hanya pada ibu bapaku
Bukan hanya pada ibu bapanya
Menjadi lelaki yang diamanahkan cinta
Sebenar janjiku pada “ Yang Esa “

1 comment:

  1. Salam Maulidur Rasul sahabatku Nil. Terima kasih atas ucapan tahniah, tahniah juga untuk kau sempena Jun ini. Mana entri puisi kau tentang Muhammad dalam sebutan Hindu? Rasa macam nampak baru ni. Nil. Minta izin copy sajak (ke puisi orang panggil, maaf aku tak pasti) kau di atas ke blog aku. Aku inspired dengan nukilan kau ini. Kredit akan diberikan.

    ReplyDelete