Monday, August 31, 2009

Sang Penyampai

   Sebagai seorang Muslim,kita wajib mempercayai akan wujudnya para nabi dan rasul seperti termateri di dalam tangga percaya laitu Rukun Iman.Kita juga mempercayai akan Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul yang terakhir diutuskan ke alam ini.Nabi dan Rasul adalah manusia,laki-laki dan terpelihara sifatnya (maasum).

   Terpanggilnya saya menulis artikel ini bukanlah untuk menerangkan tugas-tugas rasul seperti yang diketahui umum tetapi adalah untuk membetulkan pandangan segelintir masyarakat
yang menganggap nabi dan rasul itu adalah dari kalangan orang Arab dan hanya terdapat di tanah Arab sahaja.Pada hakikatnya,nabi yang diketahui dikalangan Arab hanyalah nabi Ismail dan Muhammad s.a.w.

   Nabi yang wajib kita imani adalah seramai 25 orang seperti yang terkandung di dalam al-Quran.Bilangan sebenar nabi yang diutus seperti kata Muhammad s.a.w adalah seramai 124 000 jumlahnya dan terkandung didalamnya tiga ratus lebih rasul.Dan tiada tamadun mahupun bangsa yang tidak pernah diutuskan “Sang Penyampai” seperti kata ayat di bawah.

There is not a nation or a tribe,without a warner having lived among them
( surah al-Fathir,35-24 )

But you are truly a warner,and to every people a guide
( surah al-Rad,13-7 )

Al-Quran juga tidak menceritakan kisah semua para nabi ini.

Of some Messenger We have already told you the story;of others We have not
( surah an-Nisa,4-164 )

   Kesemua para nabi ini tugasnya adalah hanya menyampaikan wahyu Allah pada kaum masing-masing dan pada masa tertentu sahaja.Dan tidak mustahillah dikatakan adanya nabi-nabi di kawasan seperti di India,Parsi,China,Afrika mahupun di Eropah pada waktu terdahulu sebelum hadirnya Muhammad s.a.w..Ia dapat dibuktikan kerana dalam pelbagai manuskrip tamadun,ada dinyatakan kisah-kisah penciptaan Adam,banjir Nuh dan ramalan akan hadirnya rasul ulung(Muhammad s.a.w).

   Apa yang membuatkan Muhammad s.a.w itu unik adalah kerana baginda diutus untuk sekalian alam,untuk menyampaikan khabar gembira dan khabar duka.Dan kepada Muhammad s.a.w jualah diberikan kitab terakhir dan bermukjizat,al-Quranul Karim.Dan panduannya ini adalah untuk kesemua umat manusia sehingga kiamat kelak.

“We sent you not,but as a mercy for all creatures” 
( surah al-Anbiyya,21-107 )

  Ada yang bertanya kepada saya,mustahilkah Buddha,Krishna,Zoroaster,Confucious (dan beberapa nama lain) ini juga nabi ? Apa yang mampu dikatakan..Wallahualam..Dan ada “tujuannya”juga mengapa ramai para nabi diutus kepada Bani Israel.Kepada mereka diutus banyak nabi,dan mereka jualah pendusta dan pembunuh nabi-nabi.Kita berkongsi moyang yang sama (Ibrahim a.s),melalui Ishak keturunannya bijak-bijak..melalui Ismail lahirnya Sang Pangeran Kedamaian (Muhammad s.a.w).Dan harus diingat,bukan darah atau bangsalah yang membuatkan kita menjadi mulia,tapi dengan Taqwa lah yang membezakan dan memandu kita ke arah syurga.Dan di zaman serba pesat ini,kitalah sebenarnya "Sang Penyampai"Nya..

Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment