Sunday, January 2, 2011

2011 - Tahun Aku Melangkah

~ melangkah dengan irama ~
  Suatu yang mengejutkan kerana adanya renggang selama setahun dari kali terakhir blog ini dikemaskini. Ringkasnya tahun 2010 tanpa sebarang artikel dimasukkan ke dalam blog. Namun kesepian ini adalah kesepian yang dirancang. Sengaja saya biarkan setahun ' kosong ' untuk memperbaiki kelemahan diri dan atas sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsi. Ia juga kerana ada juga sedikit perasaan diri tidak selari dengan apa yang telah dikarangi.

  Sekarang sudah tahun baru, 2011. Dan kadang merasa sudah terlalu moden angka ini dalam usia dunia yang semakin tenat ini. Namun jika dikira dari zaman Adam hingga kini, dunia ini masih dalam period ' remaja 'nya. Di tahun ini pula saya yang akan menghabiskan zaman remaja. 2011 bakal berlangsungnya upacara ' Ikatan Abadi ' antara saya dan pasangan saya, Khairyezani. Jadi bolehlah dikatakan tumpuan dan usaha saya pada tahun ini adalah untuk menyempurnakan niat murni ini.

  Apa yang saya niatkan pada tahun 2009 untuk disempurnakan pada tahun 2010 telahpun terlaksana. Biarpun ada beberapa percubaan yang tidak berjaya namun keseluruhannya boleh dikatakan berjaya. Sekarang masa untuk saya merealisasikan apa yang diniatkan pada tahun 2010. Bukan satu percubaan yang mudah dan apa sahaja tindakan pasti ada kesannya. Saya percaya untuk hidup sebagai lelaki harus berani. Harus berani membuat keputusan dan berani menerima consequence. Tahun ini tanpa sebarang azam itu dan ini, tahun ini tahun aku menjadi ' lelaki'.

2 comments:

  1. Selamat kembali. Tulisan yang dinanti. Faham maksud kau perasaan tak selari. Cubaan untuk tidak hipokrit dalam menulis. Tahniah sahabat atas cubaan pembaikan diri yang diusahakan. Menanti entri seterusnya. Mesti banyak cerita sepanjang blog ini dihibernasi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Saat. Aku sebenarnya jujur mengatakan agak lemah dalam mengendali blog, tak berapa tahu bagaimana sistem blog ini.

    ReplyDelete