Thursday, September 8, 2011

25



Umur sudah 25. Dan saya masih belum lagi pasti apa yang sebenarnya hendak saya lakukan. Dan saya percaya masih ramai juga begitu. Tak pernah saya bekerja dan mencintai kerja saya seolah inilah yang bakal dilakukan sepanjang proses kehidupan. 25, adakah sudah tua ? adakah sudah terlambat untuk sekali lagi mengambil risiko ? Bagi saya sudah tentu belum terlambat. 25 masih berbaki lagi 2 tahun untuk menilai kembali hidup dan ' decide ' apa sebenarnya harus dilakukan.

Umur 25 juga adalah pertengahan sebelum bergelar 50. Bermakna ada sekali lagi masa kehidupan sama jaraknya daripada dilahirkan dahulu. Akan digunakan masa sebelum 27 ini untuk jalani dengan tenang sambil merancang. ' Saya belum terlambat ' adalah prinsip terbaik. Namun harus tekad dan tak tergelincir seperti yang mati pada umur 27. Mungkin mereka gagal dalam berhijrah dan lantas ditamatkan riwayatnya. Dan saya tak mahu begitu.

Nasihat saya pada yang sudah berada diusia ini. Jika bercinta, seriuslah. Kerana dia yang bakal anda kahwini. Tak mampu lagi dah membuang masa dan wang jika bercinta tapi masih bermain. Bebannya putus cinta adalah separuh daripada kematian, minta hindarlah. Fokuslah pada impian yang mendamaikan anda dan keluarga mahupun bakal keluarga. Niatlah juga setebalnya di dalam hati dan kata ' Saya harus berkahwin '. Ia doa, niat murni yang sudah pasti disukai Tuhan. Percayalah, nikah itu mendamaikan. Impikanlah jua material yang sedang-sedang sahaja. Dan jalanilah hidup dengan senyuman walaupun ini yang masih sukar saya lakukan.

Kumpulkan wang dan pada masa yang sama, jangan dirisaukan sangat akan wang. Selagi masih boleh makan dan membayar bil, itu sudah cukup bertuah. Pada yang belum 25, enjoylah kerana inilah masanya. Saya bersyukur kerana dapat berkahwin. Terlepas saya dari ikatan renggang ke ikatan mati. Dan tenang rasanya setiap kali beribadah. Isteri juga sedang mengandung dua bulan dan merasalah saya menangani ragam isteri yang mengidam. Alhamdulillah, yang diidam adalah makanan yang termampu.

Apa-apa pun, prinsip hidup masing-masing tetap berbeza. Saya merasakan tetap akan bertukar-tukar kerja dan akhirnya saya akhirinya dengan berniaga. Saya sudah 25 dan saya masih 25 tapi takkan terus 25. Tanggungjawab tetap saya tak lupa dan usaha terus usaha. Berbelas ringgit baki di dalam akaun sering saya merasa dan tak pernah saya gentar akannya. Saya merasakan dari kecil bahawa saya adalah ' something '. Ia bukan anggapan yang kosong. 27, aku akan datang dan akan akan cabar.

( Pengaruh dari filem 3 Hari Untuk Selamanya )


2 comments:

  1. Teori dalam filem 3 Hari Untuk Selamanya. Umur 27 adalah masa mengambil dan menilai semula keputusan penting dalam hidup, untuk mengubah hidup. Jimi Hendrix, Janis Joplin,Kurt Kobain,Jim Morrison and even Amy Winehouse died on this age. Second stage is 29 and third is 35. But dont take it seriously. Just a wonderful quote from the movie. It might works differently for certain people. ; )

    ReplyDelete