Sunday, September 6, 2009

Impian Dingin



Dalam menungku terbayang suasana
Semua warga bersatu nada
Ya mustahil bersatu kata
Nada dimaksud satu bahasa

Tidak kiralah Lim , Krishnan mahupun Aminah
Ataupun Daniel Lim , James Krishnan mahupun Amy
Semuanya berbicara satu bahasa
Bahasa Malaysia yang dikata ibunda

Di kenduri kecil mahupun di majlis yang gah
Di universiti yang besar mahupun di sekolah rendah
Di tepian jalan mahupun di bingar pasar
Bertegur berbicara bahasa ibunda

Alangkah sebenarnya lembut lagi indah bahasa kita
Si pedagang dahulu pun turut sama belajar
Dari Jawi hinggalah ke acuan Roman
Dari Pattani mahupun ke tanah Britain

Bahasa ini satu-satunya harta kita
Kerna kita tak mampu lagi berbudi bahasa
Lihat sahaja keletah mereka
Ya..ya pemimpin negara
Tak sedarkah mereka bahasa mampu menyatu negara ?
Alat sebenar nasionalisma

Tapi mana perginya harta itu ?
Mohon dijawab wahai si Abu
Tuturkan halus bahasa ibumu
Jika sebenarnya kau Melayu …

No comments:

Post a Comment